IKLAN PENAJA

Rabu, 28 September 2016

ASNB umum 6.10 sen seunit agihan pendapatan AS1Malaysia

PNB
Permodalan Nasional Bhd


AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia (AS1Malaysia) adalah sebanyak 6.10 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2016 berbanding 6.40 sen seunit tahun lepas.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, agihan pendapatan melibatkan bayaran keseluruhan RM700.63 juta itu akan memberi manfaat kepada lebih 393,000 pemegang dengan langganan 11.49 bilion unit AS1Malaysia.

"Kesemua transaksi AS1Malaysia telah digantung mulai 23 September hingga 3 Oktober untuk melancarkan pengiraan agihan pendapatan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman agihan pendapatan skim itu di sini, hari ini.

ASNB merupakan syarikat milik penuh PNB yang menguruskan unit dana amanah. Sehingga 23 September, AS1Malaysia mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM777.63 juta, kata Abdul Wahid.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM344.87 juta atau 44.4 peratus disumbangkan oleh keuntungan jualan saham manakala pendapatan dividen pula dijana syarikat penerima pelaburan dengan sumbangan RM321.27 juta atau 41.3 peratus.

Baki sebanyak RM111.49 juta atau 14.3 peratus, diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain, katanya. - Bernama

Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT
 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari http://biz55.lot.my

Isnin, 26 September 2016

Ibu bapa diseru menabung dalam SSPN-I Plus

Ibu bapa diseru menabung dalam SSPN-I Plus
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM5,000 sebagai insentif daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada seorang pengetua sekolah menengah di Besut yang berjaya membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) i Plus yang terbanyak pada Majis Jalinan Mesra PTPTN di SM Imtiaz Besut hari ini. - Foto Bernama

BESUT - Dalam usaha mentransformasikan budaya masyarakat daripada meminjam kepada menabung, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru ibu bapa agar menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)-i Plus bagi memudahkan urusan kemasukan anak-anak mereka ke institusi pengajian tinggi kelak.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penabungan pendidikan ini merupakan suatu tindakan yang amat baik dalam merancang masa depan dan perlu disambut oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia demi masa depan mereka.

"SSPN-i Plus sememangnya merupakan suatu anugerah kepada rakyat Malaysia kerana instrumen ini merupakan pelan simpanan terbaik yang bukan sahaja dijamin oleh kerajaan malah berpandukan kepada sistem kewangan yang patuh syariah.

"Ibu bapa yang membuat penabungan akan diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun di samping secara automatik layak menyertai cabutan hadiah yang menawarkan lebih 300 hadiah bernilai RM1.5 juta setahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Jalinan Mesra PTPTN Bersama Penduduk Besut di Sekolah Menengah Imtiaz Besut di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.

Menurut Idris, dengan menabung hanya RM1 sehari, simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak akan terjamin sekali gus dapat menikmati pelbagai keistemewaaan penabungan dan memperleh perlindungan insurans yang komprehensif sehingga RM40,000.

Katanya, sejak ia dilancarkan pada Jun lalu sehingga 15 September tahun ini, terdapat 22,901 akaun SSPN-i Plus telah dibuka dengan jumlah deposit simpanan sebanyak RM6.9 juta di samping jumlah perlindungan insurans takaful sebanyak RM1.7 bilion.

"Bagi Terengganu pula, sehingga tempoh yang sama sebanyak 1,763 akaun SSPN-i Pluas berjaya dibuka dengan aktif dengan jumlah deposit simpanan sebanyak RM369,000 di samping perlindungan takaful berjumlah RM75.6 juta," katanya. - Bernama

Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT



Sabtu, 24 September 2016

Maxis lancar MaxisONE Kid

Maxis lancar MaxisONE Kid
Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma (kiri) bersama kanak-kanak menunjukkan jam tangan MaxisONE Kids ketika pelancarannya di PUBLIKA Solaris Dutamas hari ini. Jam tangan MaxisONE Kids merupakan satu pelan pascabayar direka khas kerana dilengkapi dengan telefon pintar khas untuk kanak-kanak bagi ibu bapa memantau pergerakan dan aktiviti harian anak mereka. - Foto Bernama


PENYEDIA perkhidmatan komunikasi dan Internet, Maxis Bhd, hari ini melancarkan MaxisONE Kid, pelan pascabayar bagi membantu ibu bapa sentiasa berhubung dengan anak-anak mereka menggunakan jam pintar khusus.

Pelan pascabayar berharga RM58 sebulan itu disertakan jam pintar khusus, QQ, kad sim MaxisONE, 500 megabait, panggilan tidak terhad sehingga 10 nombor ke sebarang rangkaian tempatan serta mesej suara.

"Inovasi ini direka untuk kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun dan ibu bapa yang ingin sentiasa berhubung dengan anak-anak mereka tanpa mengira sejauh mana mereka berada," kata Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma pada majlis pelancaran produk berkenaan di sini, hari ini.

Arjun berkata, jam tersebut mempunyai sistem kedudukan global yang akan membantu menjejak dan menghantar lokasi dan pergerakan masa nyata kanak-kanak itu kepada 'mwatch', satu aplikasi pada telefon pintar ibu bapa mereka.

Aplikasi itu akan membolehkan ibu bapa menguruskan senarai kenalan anak-anak mereka, menyusun penggera untuk dihantar apabila kanak-kanak itu memasuki zon selamat dan bahaya, menghantar mesej teks, membuat panggilan dan menerima gambar yang diambil daripada jam berkenaan.

Mengenai jam pintar QQ sebagai rakan kongsi untuk MaxisONE Kid, Ketua Perkhidmatan Digital, Adelle Gregory berkata, Maxis mengambil hampir setahun untuk memutuskan mengenai jenis jam pintar yang mahu ditawarkan selepas menjalankan banyak ujian ke atas pelbagai jenis jam di pasaran.
"Saya bersama anak-anak telah menguji aplikasi itu dan jam QQ selama kira-kira dua bulan dan ia memberikan laporan lokasi paling tepat di samping pelbagai ciri menarik serta kamera.

"Bagaimanapun masih ada ruang untuk diperbaiki dan kami mengalu-alukan maklum balas daripada pelanggan," katanya. 

Pelan MaxisONE Kid terbuka kepada semua pelanggan MaxisONE untuk kontrak selama setahun.

Sinar Harian

 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari http://biz55.lot.my

Rabu, 21 September 2016

WhatsApp perkenal sistem 'tag'

WhatsApp disekat sementara di Brazil
Gambar hiasan


APLIKASI popular, WhatsApp telah mengemaskini sistem mereka dengan menyertakan fungsi 'tagging' kepada para penggunanya.

Menurut laporan The Next Web, pengguna WhatsApp yang 'mute' perbualan kumpulan akan tetap menerima notifikasi jika mereka di'tag' di dalam perbualan.

Caranya, pengguna hanya perlu memasukkan simbol '@' diikuti dengan nama penerima notifikasi.
Pengguna juga boleh menggunakan fungsi tag untuk lebih dari satu pengguna.

Inisiatif terbaru WhatsApp ini dijangka memudahkan lagi pengguna untuk mengikuti perbualan dan perbincangan di WhatsApp.

Sinar Harian Online

 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari http://biz55.lot.my

Isnin, 19 September 2016

Peluang jana pendapatan dengan Secret Correa

Peluang jana pendapatan dengan Secret Correa
Nor Azila

LOSYEN kurus sejuk, Secret Correa menyasarkan jualan sebanyak 300,000 unit bernilai RM13.2 juta sepanjang tahun 2016 berbanding RM1.9 juta tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SC Global Resources Sdn Bhd, Nor Azila Mohamad Azmi berkata, peningkatan lebih dari 500 peratus itu dibuat berdasarkan pelan pemasaran lebih agresif diatur untuk sepanjang tahun ini.

“Secret Correa mula berada di pasaran pada Oktober 2014, dengan jualan sebanyak RM50,000.
"Sambutan di luar jangkaan menyebabkan berlaku peningkatan jualan kepada RM1.9 juta tahun lalu.
“Sasaran peningkatan ini dibuat berdasarkan pelan pemasaran yang aktif bagi mempromosikan produk kesihatan," katanya.

Bahkan untuk empat bulan pertama sahaja dalam tahun ini, sebanyak 50,000 unit losyen Secret Correa berjaya dijual.

Malah keyakinan pihak syarikat bertambah seiring dengan pelan pemasaran yang betul dan berkesan.
"Pelan pemasaran syarikat merangkumi penambahan ejen dan stokis yang dilakukan secara agresif.
"Syarikat menekan sistem ejen yang diamalkannya dan ia menguntungkan semua pihak iaitu syarikat, ejen dan stokis," katanya.

Nor Azila berkata, pihaknya sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang layak untuk menyertai Secret Correa di samping menambah pendapatan sampingan.

“Saya sendiri boleh tunjukkan cara untuk mendapat pendapatan lima angka sebulan menerusi bisnes ini.

"Tetapi, perkara paling penting adalah saya perlukan mereka yang komited dalam mempelajari ilmu perniagaan dan berani menceburi bidang baharu," katanya.

Tambahnya, hampir 90 peratus ejen adalah golongan pekerja dan mereka terdiri daripada dalam kalangan yang tidak pernah buat bisnes.

Perkara paling penting yang ditekankan adalah ilmu dan mentor yang sentiasa membimbing sehingga berjaya.

Sinar Harian Online

 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari : http://biz55.lot.my

Senarai Berita Terkini Di Blog Saya

Mari Memdengar quran!

Listen to Quran

IKLAN PENAJA

Senarai Blog Bisnes