Pendapatan suku kedua 2016 KWSP susut


Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan. KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan RM8.44 bilion bagi suku tahun kedua berakhir 30 Jun 2016, turun 26.04 peratus berbanding RM11.41 bilion pada suku sama tahun lalu. Aset pelaburannya pula meningkat 0.76 peratus atau RM5.17 bilion daripada RM684.52 bilion pada 31 Disember 2015 kepada RM689.69 bilion.

 Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata sejak akhir tahun lalu KWSP sudah mula bersedia menghadapi persekitaran pasaran global dan domestik yang mencabar. Katanya, ketidaktentuan ini menjadi lebih sukar berikutan Brexit dan kejatuhan harga komoditi yang berterusan. "Kami menjangkakan kelembapan ekonomi global akan berterusan dan ketidakstabilan pasaran ekuiti akan meningkat. Keadaan pasaran juga menyaksikan kejatuhan harga saham, terutama sektor kewangan dan minyak dan gas berbanding suku tahun sama tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

 Dengan mengambil langkah berhemah yang tertakluk di bawah Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS 139), KWSP mencatatkan rugi terjejas atau "impairment" bagi pelaburan ekuitinya sebanyak RM3.15 bilion pada suku tahun yang dikaji, selaras dengan kejatuhan harga ekuiti sejak tahun lalu. Shahril berkata, pendapatan pelaburan kasar untuk suku kedua 2016 adalah RM12.07 bilion, meningkat RM233.95 juta berbanding RM11.83 bilion pada suku kedua tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, sebagai dana yang berhemah, KWSP merekodkan kerugian nilai menurut pasaran pada penyata kewangannya di samping mengekalkan keuntungan pada penyata imbangan.

 "Ini dapat memastikan penyata imbangan kami kekal baik dan membuka peluang semasa pasaran pulih. Penyusutan nilai aset kepada nilai pasaran semasa akan memberi peluang kepada kami untuk mengaut keuntungan apabila pasaran pulih pada masa hadapan," katanya.

Berita Harian

Buat Wang Banyak Dengan Membeli Lot Iklan Biz55DotCom


BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400

2 LOT AKAN DAPAT RM800

10 LOT AKAN DAPAT RM4000

100 LOT AKAN DAPAT RM40,000

DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00 

BERMINAT

BOLEH LAYARI

http://biz55.lot.my 

Ulasan