Gadis Cantik ini Hidup Mewah Sekelip Mata dapat duit terpijak sebanyak RM13.8 juta

Image result for dapat duit sekelip mata

SEORANG rakyat Malaysia yang didakwa membelanjakan A$4.6 juta (RM13.8 juta) yang secara tidak sengaja dipindahkan ke akaun miliknya, hidup mewah sehingga dia ditangkap pada awal minggu ini.
Menurut akhbar Sydney Morning Herald, di dalam dokumen mahkamah, Christine Jiaxin Lee, 21, menulis sebuah unit sub-penthouse di pinggir bandar Rhodes, Sydney, sebagai alamat kediamannya.
Difahamkan rumah tersebut menghadap Sdyney Harbour, sebuah kawasan baharu dan menjadi buruan pembeli.
Unit tersebut yang diletakkan untuk pajakan pada Mac disewa pada harga A$780 (RM2,340) seminggu.
Namun, beberapa gambar dalam Facebook Lee jelas menggambarkan kehidupan mewahnya.
Teman lelakinya, Vincent King juga dilaporkan memberikan alamat kedua di mahkamah pada Khamis yang merupakan sebuah unit rumah di Sienna By The Bay complex, juga terletak di Rhodes.
Dia juga terkejut dengan dakwaan terhadap teman wanitanya semasa sesi pendengaran di mahkamah.
"Itu wang yang banyak," katanya apabila dimaklumkan mengenai sejumlah wang secara tidak sengaja dimasukkan ke akaun Lee.
Wang berkenaan dikatakan tersilap dimasukkan ke dalam akaun Bank Westpac milik Lee, 21, pelajar kejuruteraan kimia, sebagai overdraf pada 2012.
Lee ditahan di lapangan terbang Sydney pada Rabu ketika hendak meninggalkan Australia kerana didakwa membelanjakan jutaan ringgit membeli barangan mewah menggunakan wang tersebut.
Gadis tersebut sudah membelanjakan A$3.3 (RM9.9) juta membeli beg tangan serta barangan mewah lain.
Pada Khamis, dia dihadapkan di Mahkamah Tempatan Waverley bagi menghadapi tuduhan dengan sengaja mengambil kesempatan kewangan walaupun tahu ia adalah kesalahan jenayah.
Menurut dokumen mahkamah, Lee yang beberapa kali melakukan kesalahan itu antara Julai 2014 hingga Mac 2015, didakwa gagal memaklumkan kepada bank bahawa dia tidak berhak memilik wang terbabit.
Polis memulakan siasatan pada 2012 namun waran tangkap terhadapnya hanya dikeluarkan Mac tahun ini.
Mahkamah diberitahu, wanita itu sedar polis cuba menghubunginya menyebabkan dia memohon pasport kecemasan Malaysia dalam usahanya meninggalkan Australia.
Bagaimanapun, peguamnya menyatakan wanita itu mahu pulang untuk melawat ibu bapanya.
Ketika membenarkan Lee diikat jamin A$1,000 (RM3,000), Majistret Lisa Stapleton berkata: “Ia tidak sampai ke tahap jenayah. Ia mengenai wang yang kita semua inginkan.
“Dia tidak mengambilnya daripada bank. Mereka yang memberi kepadanya.”

Ulasan